Tuesday, 23 August 2011

ABOUT

BAGAIMANA SEL BADAN DIROSAKKAN DAN BAGAIMANA KITA BOLEH MENDAPAT SAKIT



Sel badan yang sihat adalah sel yang mempunyai sepasang elektron.
Sel yang sihat ini dapat membiak dan membanyakkan jumlah sel yang sihat.








Sebaliknya, radikal bebas pula adalah merupakan molekul yang kekurangan satu elektron dan membawa banyak kerosakan.
Memandangkan radikal bebas kekurangan satu elektron, lantas mereka akan mencuri elektron daripada molekul lain yang sihat. Jadi molekul yang sihat ini akan dirosakkan dan turut menjadi radikal bebas. Ini akan membawa kerosakan secara berterusan kepada pelbagai sel dalam badan manusia.
Radikal bebas mungkin berpunca dari alam persekitaran kita. Ia juga mungkin dihasilkan semasa badan kita membakar makanan untuk menghasilkan tenaga. Kita tidak dapat mengelakkannya, tetapi kita boleh meneutralkan tindakannya.




No comments:

Post a Comment